Nak chatbot siap cepat, jaga WhatsApp 24 jam, tanpa pening teknikal?
Saya bantu anda sama ada setup chatbot siap pakai atau coaching step by step sampai anda sendiri pandai buat. Kita fokus benda simple tapi jalan.
Tak ada bayaran terus dari borang ni. Kita sembang dulu, cari apa yang paling kena dengan bisnes dan bajet anda.
Saya banyak bantu usahawan siapkan chatbot pertama mereka – dari tak tahu nak mula, sampai chatbot betul betul jalan dalam bisnes.
Antara sebab chatbot anda masih belum siap siap
Ramai sebenarnya dah lama teringin ada chatbot. Cuma sangkut dekat tempat yang sama.
Dah simpan banyak link dan video, tapi schedule harian dah padat. Setiap kali nak mula, ada benda lain lebih urgent.
Bila buka platform chatbot, nampak banyak button dan menu. Rasa takut tekan salah. Last sekali, tutup dan tangguh lagi.
Anda tahu nak chatbot, tapi blur: nak mula dari mana, ayat macam mana, sambung dengan WhatsApp macam mana. Rasa macam “takut silap”.
Dua cara saya boleh bantu anda
Pilih sama ada anda nak saya buatkan chatbot atau anda nak belajar dan faham sendiri untuk jangka panjang.
Anda serah pada saya untuk siapkan chatbot
Sesuai kalau anda sibuk dan nak nampak chatbot jalan dulu. Ada 3 pakej setup ikut tahap keperluan dan bajet.
- • Chatbot Starter
- • Chatbot Data Pro
- • Chatbot Growth Support
Anda belajar dan buat sendiri dengan saya guide
Sesuai kalau anda nak faham dan senang adjust chatbot bila ada kempen baru. Ada 4 pilihan coaching ikut masa dan tahap anda.
- • Sesi Bedah Segera
- • Sesi Flow Tersusun
- • Sesi Intensif Siap Chatbot
- • Coaching Berdepan Bersama Team
Servis Setup Chatbot · Saya buatkan untuk anda
Sesuai kalau anda nak chatbot siap dan jalan dulu, lepas tu baru fikir nak belajar lebih dalam.
Sama ada saya buatkan, atau kita buat sama sama, anda tak perlu habiskan masa berjam jam figure out sendiri.
Kita susun flow ikut cara bisnes anda jawab pelanggan. Senang untuk team ikut, tak rasa rumit.
Chatbot bukan sekadar “cantik dalam sistem”. Dia sambut, tanya soalan, dan bantu anda close terus dalam WhatsApp.
Chatbot pertama untuk test dalam bisnes anda
Sesuai kalau anda nak ada chatbot yang boleh jalan dulu, tanpa pening integrasi macam macam.
- • Chatbot balas DM atau WhatsApp secara auto bila orang mesej.
- • Tapis dan panaskan prospek sebelum masuk ke manusia.
- • Jawab soalan asas macam harga, produk dan cara order.
- • Flow tanya keperluan dan cadang produk atau pakej sesuai.
- • Template ayat closing yang memang friendly untuk chatbot.
- • Satu kali semakan dan tweak kecil lepas chatbot live.
Bayar sekali sahaja
RM1,200
Paling sesuai sebagai chatbot pertama untuk nampak beza sebelum dan selepas ada sistem.
Chatbot + rekod data yang lebih teratur
Sesuai untuk anda yang dah run ads dan nak semua leads masuk dalam satu tempat, bukan hilang dalam chat lama.
- • Semua yang ada dalam Chatbot Starter.
- • Integrasi Google Sheet untuk rekod nama, nombor dan minat produk.
- • Integrasi website supaya chatbot boleh baca info asas dari laman anda.
- • Mudah review semula leads dan rancang follow up.
Bayar sekali sahaja
RM1,500
Pakej yang biasa owner pilih bila dah mula serius dengan data dan follow up.
Chatbot + support untuk grow dan refine
Untuk anda yang memang nak jadikan chatbot sebahagian daripada sistem jualan jangka panjang, bukan sekadar “try je dulu”.
- • Semua yang ada dalam Chatbot Data Pro.
- • Group support untuk tanya bila sangkut pasal chatbot dan flow.
- • Short coaching handover supaya anda sendiri boleh adjust dan improve.
- • Tunjuk cara baca data dari Google Sheet dan respon ikut behaviour pelanggan.
- • Satu hingga dua kali refinement flow lepas beberapa minggu berdasarkan data sebenar.
Bayar sekali sahaja
RM2,500
Paling sesuai kalau anda nak ada “sparring partner” yang tengok dan polish sistem bersama anda.
Blur nak pilih yang mana? Dalam borang nanti anda boleh pilih “Belum pasti, nak saya cadangkan”.
Servis Coaching · Kalau nak faham dan buat sendiri
Datang dua orang pun boleh. Owner dengan staff, atau anda dengan partner. Lepas sesi, senang terus bahagi tugas.
Sesi Bedah Segera
RM250
(1 jam, online)
Chatbot dah ada tapi rasa pelik? Kita bedah dan betulkan bahagian yang buat prospek selalu berhenti tengah jalan.
Sesi Flow Tersusun
RM399
(3 jam total, online)
Kita tengok perjalanan penuh dari orang klik sampai bayar. Lepas sesi ni, anda akan nampak jelas flow WhatsApp yang patut team ikut setiap hari.
Kalau ikut rate 1 jam RM250, 3 jam sepatutnya RM750. Dengan sesi ni anda cuma bayar RM399 – jimat RM351.
Sesi Intensif Siap Chatbot
RM799
(5 jam total, online)
Kita target siapkan chatbot dari kosong. Kita buat sama sama di depan screen: anda tengok, tanya, dan terus praktik. Boleh habiskan dalam 1 hari, atau pecah beberapa sesi ikut masa anda.
Kalau ikut rate 1 jam RM250, 5 jam sepatutnya RM1,250. Dengan pakej ni anda cuma bayar RM799 – jimat RM451.
Coaching Berdepan
Harga ikut lokasi & skala
(Team di Semenanjung Malaysia)
Saya datang ke tempat anda untuk sesi intensif bersama team. Sesuai bila anda nak semua orang faham flow yang sama dan praktik secara live.
Sedikit feedback dari owner yang pernah saya bantu
Ramai yang mula dengan rasa blur dan tak cukup masa, lepas tu nampak jalan lepas kita susun betul betul.
“Sebelum ni kami ambil masa hampir dua minggu nak siapkan chatbot sendiri, tapi asyik tertangguh. Lepas ambil pakej setup, dalam beberapa hari sahaja chatbot dah live dan sambut leads dari iklan.”
Owner produk kecantikan
“Saya ambil sesi coaching sebab memang nak faham, bukan sekadar orang buatkan. Lepas 3 jam, saya dah jelas flow dan boleh tukar ayat chatbot sendiri bila ada kempen baru.”
Penganjur kelas & program
“Team saya bukan jenis teknikal, tapi lepas Akmal setup dan ajar, mereka lebih yakin guna chatbot. Chat basic semua chatbot jaga, staff fokus follow up dan closing saja.”
Agensi servis pemasaran
Siapa yang bakal bantu anda?
Nama saya Akmal Akif. Saya dah setup banyak chatbot untuk bisnes tempatan – produk, servis, kelas, travel dan lain lain.
Cara saya simple: kita tengok dulu cara bisnes anda layan pelanggan, lepas tu saya translate jadi flow chatbot yang senang guna dan senang diajar pada team.
Isi borang ringkas, semak detail, lepas tu kita sambung di WhatsApp
Tak perlu fikir ayat. Borang ni akan tulis mesej siap siap untuk anda.
Soalan cepat sebelum anda isi borang
Ada beberapa soalan yang memang selalu orang tanya.
Lagi lama tangguh, lagi banyak leads yang masuk dan senyap macam tu saja.
Kalau anda memang dah plan nak ada chatbot atau nak kemaskan flow WhatsApp, anggap borang ni sebagai langkah pertama yang kecil, tapi besar kesan.
➡️ Mula dengan borang ringkas© Chatbot & Coaching WhatsApp. Semua hak cipta terpelihara.
© 2025 Idea Boss Global Resources (CT0085392-U)
All Rights Reserved. Verified Business Entity.